Kenderaan bermotor telah dikelaskan di bawah tarif motor seperti berikut:
1. Kenderaan Persendirian
- Kenderaan persendirian termasuklah kereta roda tiga dan station-wagon yang digunakan untuk tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga untuk tujuan perniagaan atau kerjaya profesional insured sahaja. Polisi ini secara jelas hanya memberi perlindungan kepada kenderaan yang digunakan atas tujuan sosial, domestik dan keseronokan sahaja. Oleh itu, kenderaan yang digunakan untuk tujuan disewakan atau mendapat ganjaran, perlumbaan, pengatur kelajuan perlumbaan, ujian ketahanan dan kelajuan, sebarang tujuan berkaitan perdagangan, membawa barangan dagangan kecuali barangan contoh dan membawa penumpang yang membayar upah atau sewa adalah dikecualikan.
2. Kenderaan Perdagangan
- Kenderaan yang digunakan untuk tujuan perdagangan seperti van, teksi, pick-up, lori, trailer, kenderaan bersambung dan sebagainya tidak dilindungi di bawah polisi kenderaan persendirian tetapi ia diletakkan di bawah polisi insurans kenderaan perdagangan. Ia meliputi semua kenderaan (termasuk kenderaan beroda tiga) yang tidak diletakkan di bawah kategori kenderaan persendirian atau motosikal. Pelanggan korporat yang memiliki sejumlah besar kenderaan biasanya akan membeli polisi motor tunggal.
Bil.
|
Kenderaan perdagangan
|
1
|
Perniagaan motor
|
2
|
Kenderaan membawa barangan dagangan
|
3
|
Kereta sewa
|
4
|
Bas
|
5
|
Kenderaan khas
|
3. Motosikal
- Kenderaan jenis ini termasuklah motosikal berserta atau tanpa kereta sisi, skuter, basikal automatik atau basikal yang dijalankan secara bantuan mekaikal. Tarif seterusnya mengkategorikan kelas motosikal ini kepada:
(a) Motosikal persendirian
(b) Motosikal perdagangan
(c) Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa
(d) Perniagaan motosikal
(b) Motosikal perdagangan
(c) Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa
(d) Perniagaan motosikal
No comments:
Post a Comment